KAMPUNG SUNGAI SEGONG
Daerah Bau
Bau merupakan salah satu daerah dalam Negeri Sarawak yang penuh dengan kepelbagaian etnik dan budaya termasuklah masyarakat Bidayuh. Masyarakat bidayuh bukan hanya tertumpu di Bau tetapi banyak kawasan lain yang menempatkan masyarakat kaum Bidayuh. Satu kajian untuk mengenali lebih mendalam mengenai masyarakat kaum Bidayuh telah dilakukan di daerah Bau iaitu tempat yang terkenal dengan etnik dan adat-istiadat masyarakat kaum Bidayuh. Kaum bidayuh banyak mendiami di kawasan barat daya Sarawak, terutamanya Bahagian Serian, Kuching dan di barat Kalimantan. Mereka terdiri daripada lima pecahan etnik iaitu: Selakau/Lara (Daerah Lundu), Jagoi/Singai (Daerah Bau), Biatah (Daerah Kecil Padawan), Bukar/Sadong (Daerah Serian) dan Kuching Tengah / Bidayuh Baru / Bidayuh Moden (Kawasan Tengah Antara Padawan Dengan Bau).
​
Dengan keunikan yang tersendiri telah menarik perhatian masyarakat luar untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang etnografi di Kampung Segong dearah Bau. Kajian terhadap Kampung Segong juga masih menitikberatkan status sosial dan juga keunikan kepelbagaian hidupan flora dan fauna. Terdapat pelbagai suku kaum dalam kalangan masyarakat Bidayuh di daerah Bau dan masing-masing mengamalkan pegangan serta adat resam yang tersendiri. Kebudayaan dan adat resam ini banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur ritual dan kepercayaan yang mereka anuti.
​
.jpeg)